Tangkapan awam

Tangkapan awam ialah satu penahanan yang dibuat oleh seseorang yang bukan penguat kuasa undang-undang rasmi.[1] Dalam perundangan "common law", amalan ini bertarikh sejak Kerajaan England Zaman Pertengahan dan England dan "common law" Inggeris, di mana sheriff menggalakkan rakyat biasa untuk membantu menahan mereka yang melanggar undang-undang.Di Malaysia, tangkapan awam memang ada peruntukan (di bawah Seksyen 27 Kanun Prosedur Jenayah) termaktub untuk itu. Di bawah seksyen tersebut, orang awam boleh menangkap mana-mana orang yang melakukan kesalahan yang lazim ditangkap dan tidak boleh dijamin, yang berlaku pada pandangannya atau orang yang dikehendaki mengikut Seksyen 44 Kanun Prosedur Jenayah. Selepas membuat tangkapan, mereka hendaklah tanpa berlengah-lengah lagi menyerahkan orang yang ditangkap itu kepada polis yang paling hampir atau jika ketiadaan pegawai, hendaklah menghantar orang itu ke balai polis paling hampir.[2]